Mengapa sesetengah individu begitu mudah mencapai kedudukan teratas organisasi, sementara sesetengah individu yang lain sukar? Adakah kecerdasan, bakat dan kekuasaan seseorang individu itu menjadi faktornya? Tidak juga kerana sikap seseorang individu itu lebih berperanan.
Ikuti 10 sikap positif bina kerjaya dan yakinlah bahawa kerjaya anda akan berjaya.
1. Buat Yang Terbaik
Setiap pekerjaan harus dilakukan dengan baik. Anda tidak akan tahu waktu diperhatikan atau dinilai oleh pihak atasan. Apabila sudah terbiasa melakukan pekerjaan dengan baik, maka tidak sukar untuk anda menerima tanggungjawab yang lebih besar. Harus diingat, apa sahaja yang dilakukan pasti akan diperhatikan oleh pihak atasan.
2. Jangan Berhenti Mencari Peluang
Pekerja berjaya sering mencari kesempatan untuk terus maju dan berkembang. Buka mata, pasang telinga dan tanamkan wawasan untuk berhadapan dengan peluang baru. Anda tidak tahu bila anda akan mendapat sesuatu yang dapat mengubah kerjaya anda menjadi lebih cemerlang.
3. Jangan Menunggu
Anda hanya mensia-siakan waktu apabila anda menghabiskan waktu hanya untuk menunggu berlakunya keajaiban. Seseorang yang berjaya, melakukan sesuatu secara baik dan tepat untuk mewujudkan keinginannya. Anda perlu bergerak melakukan sesuatu dan mencari cara yang tepat dan jangan hanya menunggu.
4. Fikirkan Boleh
Sentiasa fikirkan boleh. Anda mungkin tidak pernah berfikir untuk menjadi seorang pengarah. Jika demikian, maka anda tidak akan pernah memegang jawatan tersebut. Jika anda berfikir tidak boleh, maka anda tidak akan pernah boleh. Namun anda pasti boleh jika anda berfikir boleh melakukan.
5. Kegagalan Merupakan Kunci Kejayaan
Setiap orang pasti pernah mengalami kegagalan. Perbezaan antara individu yang berjaya dengan mereka yang gagal adalah bagaimana seseorang itu menghadapi kegagalan yang dialami. Individu yang berjaya akan sentiasa belajar daripada kesalahan yang dilakukan dan tetap akan maju.
6. Tonjolkan Kemampuan
Anda tidak perlu menunggu sehingga seseorang itu melihat bakat dan kemampuan anda. Sudah tiba waktunya untuk anda tonjolkan kemampuan anda kepada majikan. Pekerja profesional yang berjaya tahu bagaimana cara memperlihatkan kemampuan mereka tanpa perasaan yang sombong.
7. Memiliki Jaringan Yang Kuat
Individu yang berjaya memahami dengan baik akan kepentingan mempunyai jaringan, baik di dalam ataupun di luar pejabat. Anda perlu bersikap proaktif dalam mengembangkan hubungan profesional. Ajak rakan sekerja untuk menikmati makan tengah hari di luar atau pergi ke kafe setelah tamat waktu kerja. Cuba bergabung dengan pertubuhan professional dan kembangkan jaringan profesional demi masa depan yang cerah.
8. Tidak Terikat Pada Latar Belakang Pendidikan
Usah terikat dengan latar belakang pendidikan yang anda miliki. Anda akan cenderung mempamerkan prestasi buruk apabila merasakan pekerjaan anda tidak sesuai dengan latar belakang pendidikan yang dimiliki. Pekerjaan yang anda lakukan mungkin tidak sesuai, tetapi seorang yang berjaya akan melakukan tugas yang diamanahkan dengan baik.
9. Wujud Hubungan Baik
Anda perlu bersikap baik dengan rakan sekerja dan orang sekeliling. Anda keliru sekiranya menganggap tidak perlu menjalin hubungan baik dengan setiausaha atasan. Bersikap sopan dan ramah terhadapa orang sekeliling anda kerana ia mungkin akan menjamin masa hadapan anda kelak.
10. Menganggap Setiap Orang Penting
Anda bertanggungjawab atas nasib anda, maka menjadi kewajipan untuk terus mencari jalan dalam memperbaiki kerjaya anda. Sentiasalah bersikap sukarela dalam melakukan tugasan tambahan, berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bersedia pulang lewat untuk membantu sessesamekan sekerja. Pekerja yang berjaya tidak hanya bekerja pada waktu kerja tetapi akan bersedia pada setiap masa.
kredit sifukerjaya
0 Comments